Tuesday, March 27, 2012

.:GAZING THE BLUE SKY:.: ADA YANG SAMA.. =)

.:GAZING THE BLUE SKY:.: ADA YANG SAMA.. =): Assalamualaikum.. semoga semua jiwa dirahmati Allah s.w.t. hendaknya.. apa yang membuatkan saya menulis kali ini bukanlah kerana ingin me...

Monday, March 12, 2012





10 WASIAT IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA



  • ~✿.. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun. 

  • ~✿.. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

  • ~✿.. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

  • ~✿.. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan. 

  • ~✿.. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 

  • ~✿.. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. · 

  • ~✿.. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

  • ~✿.. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam Jemaah Islam, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan. 

  • ~✿.. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang. · 

  • ~✿.. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Friday, March 9, 2012

unik..

Assamualiakum..kepada semua yang membaca...

terima kasih kepada ciknura kerana mengingatkan saya akan kewujudan blog ini..
ok kat sini kita nak cite2 ckit ape perbezaan antara UNIK dan PELIK...
mesti semua nak cakap beza ejaan tulisan..ok benda tu memey la betul...tapi up la ckit kita kan dah matured??dah terdedah dgn macam2 perkara...
so kat sini saya nak kongsi ckit pendapat saya "Adakah Unik Dan Pelik itu Sama?"
semua ciptaan ALLAH di atas alam semesta ini semuanya indah dan pastinya UNIK...
tapi timbul satu persoalan dalam benak ini: mengapa dan bagaimana wujudnya istilah PELIK dalam kehidupan kita ini..
Maka hypothesis awal saya terhadap isu ini adalah..PELIK itu datangnya dari kita,iaitu manusia itu sendiri..
KENAPA mesti cakap macam tu??
  1. meh kita fikir sama-sama.Allah dengan hebatnya menciptakan manusia dan benda-benda lain secara berpasangan.Ada lelaki, ada perempuan.Semua tahukan lelaki tercip untuk perempuan dan begitu juga sebaliknya..Lelaki yang sepatutnya tertarik kpd perempuan dan perempuan juga sepatutnya tertarik pada lelaki.Tetapi sekarang fenomena semua dah terbalik.Manusia itu sendiri cuba mencipta fenomena-fenomena PELIK di atas bumi ini.Baik-baik Allah jadikan fitrah lelaki suka puang..dia nak tukar lak perempuan suke perempuan, lelaki suke lelaki...tu la yang org katakan PELIK..sedangkan sepatutnya kita nampak fitrah itu adalah UNIK (L&P,P&L).
  2. Contoh lain.Allah jdkan telinga hidung mata semua cukup...dan susun atur anggota badan kite ni memey hebat,sistematik,molek dan pastinya adalah UNIK...tetapi adae segelintir drpd kita mewujudkan kePELIKan terhadap penciptaan ini...ade yang operate sana sini nak jdkan dia PUNYA hidung,mulut,mata mcm harimau.dalam keadaan ini kita tak boleh sama sekali labelkan benda ini sebagai UNIK tapi amat sesuai kiTA katakan ia PELIK...betul tak???maka amat jelaslah bahawa KEPELIKAN dan KEUNIKAN amat berbeza sekali...bisa diumpanakan seperti langit dengan bumi..

Maka,kat sini kita bolehlah simpulkan bahawa
  1.  UNIK dan PELIK itu adalah berbeza walaupun segelintar mengatakan ia sama.
  2. Keduanya,setiap penciptaan dan aturan ALLAH itu memang sudah cantik dan memenuhi keperluan kita.
  3. Ketiganya,melihatlah sesuatu perkara itu dengan mata hati yang dipandu oleh ilmu dan iman.
  4. Keempatnya,mengubah ciptaan ALLAH adalah haram sama sekali kecuali disertakan alasan yang dibolahkan syarak.
  5. Pengajaran terakhir ialah...pengajaran yang anda rasai sendiri..
AKHIR KALAM...aligato kozaimas...kerana membaca penulisan ini..moga kita diberi rahmat dan iktibar oleh allah melalui perkongsian ini..salamualaik

Saturday, December 25, 2010

Selamat

Salam Bumi Waqafan...

Kepada semua teman dari KISAS (batch 55) dan SMKA AL-IRSHAD (K610RA), selamat maju jaya :)