Monday, March 12, 2012





10 WASIAT IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA



  • ~✿.. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun. 

  • ~✿.. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

  • ~✿.. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

  • ~✿.. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan. 

  • ~✿.. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 

  • ~✿.. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. · 

  • ~✿.. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

  • ~✿.. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam Jemaah Islam, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan. 

  • ~✿.. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang. · 

  • ~✿.. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

No comments:

Post a Comment